Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Tidak Boleh Dipandang Ringan

PETALING JAYA, 4 Disember – Masalah kesihatan seksual dan reproduktif adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan terutamanya jika ia membabitkan pasangan yang telah mendirikan rumah tangga.

Tanggapan positif terhadap kesihatan reproduktif mampu menolong sesebuah keluarga untuk membuat keputusan merancang keluarga dengan baik.

Justeru, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi dan Penyelaras Unit Perancangan Keluarga Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Harlina Halizah Siraj pasangan suami isteri perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum merancang untuk menadapatkan cahaya mata.

Antaranya kata beliau, melibatkan keupayaan fizikal dan ekonomi, masa yang terluang dan sokongan sosial.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada Forum Pakar ‘Amalan Seks Yang Bijak Untuk Generasi Alaf Baharu Yang Sudah Berumah Tangga – Kemesraan, Keluarga Dan Kesihatan’ di Petaling Jaya, Selangor.

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Kaji Selidik Kesejahteraan Seks Generasi Alaf Baharu di Malaysia Yang Sudah Berumah Tangga.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.