Kesalinghubungan Dengan Internet Perkasa Rakyat Ke Tahap Berbeza

JASIN, 8 Januari – Kesalinghubungan antara rakyat melalui medium internet mampu memperkasa kehidupan rakyat ke tahap yang berbeza.

Pada sidang media selepas melancarkan projek perantis NFCP di Jasin, Melaka Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perkara tersebut dapat dilihat apabila internet kini memain peranan dalam menukar corak pelbagai bidang penting seperti pendidikan, ekonomi dan perubatan ke arah sesuatu yang dapat memperkasa rakyat serta penduduk dunia secara global.

Justeru, menurut menteri berkenaan lagi, projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di sini adalah langkah pertama Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menghubungkan rakyat seluruh negara dengan memberikan perkhidmatan jalur lebar kelajuan dan kualiti tinggi.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top