Kes Khashoggi: Pengarah CIA Beri Taklimat

WASHINGTON, 4 Disember – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Gina Haspel dilaporkan akan memberikan taklimat tertutup kepada beberapa jawatankuasa Senat Amerika Syarikat hari ini mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Menurut sumber, Haspel akan memberi taklimat kepada pemimpin Republikan dan Demokrat jawatankuasa Hubungan Luar Senat, Perkhidmatan Bersenjata dan Peruntukan, manakala Jawatankuasa Perisikan Senat telah diberi penerangan.

Pemimpin Senat juga dikatakan akan mengambil bahagian dalam taklimat yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi waktu tempatan.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.