Kes kematian demam denggi 2016 menurun

Kuala Lumpur, 3 Januari – Jumlah kumulatif kematian akibat demam denggi menunjukkan penurunan sebanyak 29.5 peratus sepanjang tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan oleh Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan, Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan hari ini, sejumlah 237 kematian direkodkan antara Januari hingga Disember tahun lalu, berbanding 336 kematian untuk tempoh sama 2015.

Sementara itu, perkembangan denggi bagi minggu ke-52 bermula 25 hingga 31 Disember lalu merekodkan sebanyak 1,329 kes demam denggi, menurun 16.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Bagi jumlah kumulatif kes demam denggi di seluruh negara pada minggu ke-52 adalah sebanyak 101,357 kes berbanding 120,836 kes bagi tempoh sama 2015, iaitu penurunan sebanyak 16.1 peratus atau 19,478 kes.

Kongsi artikel ini di:

Pentadbir Laman Web

Pentadbir Laman Web IKIMfm