Kertas pertuduhan babitkan PM adalah palsu – Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Dakwaan berhubung kertas pertuduhan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti dilaporkan Sarawak Report adalah palsu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya berkata kertas pertuduhan itu tidak pernah dikeluarkan Pejabat Peguam Negara, malah format yang diguna pakai juga tidak betul atau ditulis oleh jabatan itu.

Mohamed Apandi berkata, siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum lengkap, menjadikan ia mustahil bagi kertas pertuduhan dibuat lebih awal.

“Dakwaan berhubung kertas pertuduhan ini menunjukkan terdapat konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dengan menjadikan beliau sebagai penjenayah dengan menggunakan kaedah termasuk memalsukan dan kebocoran jenayah.

“Plot ini adalah satu ancaman kepada negara ini yang mengamalkan prinsip demokrasi dan saya akan mengarahkan segala tindakan yang perlu diambil untuk menyiasat perkara ini…. Segala peruntukan undang-undang sedia ada akan diguna pakai tanpa sebarang pengecualian kepada sesiapa pun yang didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kongsi Artikel ini :

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

View posts by Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Leave a Reply

Scroll to top