Kerjasama Hospital Awam Dan Swasta Bantu Tangani Kekurangan Pakar, Kemudahan

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Usaha untuk meningkatkan kerjasama antara hospital awam dan swasta bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara ini telah mula dilaksanakan selepas penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan bulan lepas. 

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kolaborasi itu diyakini dapat membantu hospital awam khususnya dalam menangani isu kekurangan tenaga pakar dan kemudahan, selain beban kerja yang tinggi dan kos rawatan yang semakin meningkat. 

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas membuat kunjungan ke Hospital Ampang di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly menggalakkan agar orang ramai menjalankan ujian saringan dan pengesanan awal penyakit kanser kerana penyakit itu direkodkan sebagai penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat di negara.

Jelas beliau lagi, dianggarkan 60 peratus penyakit kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top