Kerajaan Tidak Berhasrat Hapus e-Hailing

KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan perkhidmatan e-hailing, namun akan memastikan ia beroperasi tanpa sebarang kelebihan berbanding pengangkutan teksi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata perkhidmatan e-hailing telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia dan ia mempunyai potensi yang tersendiri dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

Beliau diminta mengulas sama ada kerajaan akan menghapuskan e-hailing susulan rungutan pelbagai pihak terutama pengusaha teksi terhadap perkhidmatan itu.

Datuk Kamarudin turut berkata, kementeriannya telah menetapkan syarat-syarat yang sama seperti pengusaha teksi kepada syarikat e-hailing untuk mereka beroperasi seperti pendaftaran dan pemeriksaan kenderaan.

Namun, jelas beliau, perkara itu dilaksanakan secara berperingkat memandangkan jumlah pengusaha e-hailing di negara ini telah mencecah lebih 600,000 orang.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.