Kerajaan Tidak Akan Berganjak Mengenai Larangan Merokok

PUTRAJAYA, 9 Januari – Kerajaan tidak akan berganjak mengenai larangan merokok di semua restoran dan premis makanan meskipun mendapat tentangan dan kritikan daripada golongan perokok tegar.

Justeru tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, larangan itu akan dikuatkuasakan dengan lebih baik untuk menjamin kesihatan golongan bukan perokok, khususnya warga tua dan anak kecil yang sering terdedah dengan kesan sampingan. 

Sejak larangan itu berkuatkuasa pada 1 Jan lepas, ujar beliau sebanyak 13,724 amaran bertulis dikeluarkan dan 75, 280 nasihat diberikan kepada individu sehingga Selasa lepas.

Mengenai cadangan bagi pihak restoran menyediakan tempat khas untuk perokok di premis mereka Dzulkefly berkata ia bergantung kepada kreativiti masing-masing selagi tempat itu dibuat sejauh tiga meter dari premis.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top