Kerajaan Sasar 30,000 Tenaga Pengajar TVET Tahun Depan

SHAH ALAM, 9 Januari – Kementerian Sumber Manusia menyasarkan 30,000 tenaga pengajar bertauliah berkhidmat dalam sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara menjelang  pada tahun depan.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Mahfuz Omar setakat ini negara mempunyai kira-kira 24,000 tenaga pengajar dalam bidang itu.

Beliau bercakap demikian a kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja bersempena hari pendaftaran pelajar baharu Sijil Pengajar Vokasional (VTO) di Pusat Latihan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di Shah Alam Selangor.

Sehubungan itu Datuk Mahfuz berkata kementerian berharap CIAST akan terus berusaha meningkatkan pengeluaran tenaga pengajar terlatih.

Sementara itu, beliau menasihati bakal guru TVET agar membetulkan niat masing-masing dengan menjadikan peluang mengikuti latihan mengajar di institusi latihan kemahiran tersebut untuk membantu pembangunan sektor berkenaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.