Kerajaan Kaji Semula Pemberian Tiga Tanah Milik RAC

KAJANG, 25 Jun – Kerajaan  akan mengkaji semula pemberian tiga bidang tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bernilai ratusan juta yang diberikan secara prinsip kepada pemaju swasta sebelum ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook tanah dengan keluasan kira-kira 9.7 hektar di Pudu, Batu Tiga, Shah Alam dan Bangsar diluluskan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional secara rundingan terus bagi tujuan pembangunan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di RAC di Kajang, Selangor beliau juga berkata berdasarkan penilaian pada 2017, RAC mempunyai aset keseluruhan bernilai RM34.5 bilion dengan aset tanah seluas 12,833 hektar.

Sementara itu, Loke berkata buat masa ini terdapat pertindihan kerja antara RAC dan KTMB dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Katanya RAC perlu kembali kepada tujuan asalnya iaitu menguruskan aset-aset berkaitan kereta api manakala KTMB dengan tugas operasi perkhidmatan penumpang dan kargo.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top