Kerajaan cadang wujud pusat arahan canggih untuk pengurusan bencana

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan bercadang mewujudkan sebuah pusat arahan yang canggih bertujuan menyelaras semua bentuk saluran bantuan semasa berlaku sesuatu bencana,

Pada persidangan akhbar hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pusat berkenaan akan dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Terdahulu, beliau menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Jawatankuasa ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Mesyuarat Berkaitan ke-32 yang dihadiri 84 wakil dari negara-negara anggota ASEAN dan beberapa pertubuhan dari Australia, Kanada, China dan New Zealand.

Beliau memberitahu pemberita perkara itu masih dalam cadangan.

Bagaimanapun, masih tidak jelas lagi sama ada cadangan itu melibatkan penubuhan pusat yang baru sepenuhnya atau menaiktaraf saja Pusat Arahan Bencana Kebangsaan di Pulau Meranti Puchong yang diurus oleh NADMA sejak 2015.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top