Kerajaan Bercadang Perkenal Cukai Baharu

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar hutang negara yang tinggi.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu melepaskan aset bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan krisis hutang negara dengan mencari akses baharu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama sempena Forum Malaysia Dalam Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB di Kuala Lumpur

Beliau turut yakin Malaysia mampu bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi negara pada tahun 1997/1998.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir mahu forum yang diadakan pada hari ini mampu menyumbang idea kepada pembentukan dasar kerajaan dan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni di rantau ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.