Kerajaan Baharu Palestin Dibentuk Daripada Parti Anggotai PLO

RAMALLAH, 29 Januari – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menerima peletakan jawatan kerajaannya semalam, dalam rombakan dilihat cubaan pemimpin berusia itu mengukuhkan kedudukannya ketika perpecahan politik sedekad lamanya dilihat semakin mendalam.

Penganalisis beranggapan bahawa menggantikan Perdana Menteri Rami Hamdallah selepas lima tahun adalah sebahagian usaha Abbas mengasingkan lagi lawan politiknya Hamas yang mentadbir di Semenanjung Gaza.

Kerajaan Hamdallah akan kekal mentadbir ketika kepimpinan baharu dibentuk.

Lewat semalam, satu kenyataan agensi berita rasmi Wafa mengesahkan, Abbas menerima peletakan jawatan itu namun meminta kerajaan terus ‘beroperasi sehingga pembentukan sebuah kerajaan baharu.’

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top