Kerajaan Arab Saudi Rancang Keluarkan Visa Untuk Pelancong Asing, Termasuk Bukan Islam

RIYADH, 9 Januari – Kerajaan Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa kepada semua pelancong asing, termasuk bukan Islam, pada tahun ini dalam usaha mempromosi negara itu sebagai satu destinasi percutian, yang merupakan sebahagian Wawasan 2030 nya.

Semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan media asing di pejabat kementerian itu di Riyadh Arab Saudi baru-baru ini Menteri Media Arab Saudi Dr Awwad Saleh Al-Awwad berkata langkah tersebut diharap dapat membantu negara itu melenyapkan imej tidak mesra yang disebabkan oleh iklim budaya sosialnya.

Wawasan 2030 merupakan pelan induk negara itu untuk pembangunan utama dalam pelbagai sektor ekonomi menjelang tahun 2030. 

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top