Keputusan Sertai Statut Rom Tidak Jejas Kedudukan Agong

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Keputusan kerajaan menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dibuat setelah yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kajian secara mendalam dan teliti dari semua aspek telah dibuat sebelum keputusan untuk menyertai Statut Rom dilaksanakan.

Kenyataan itu turut memaklumkan keputusan menyertai Statut Rom selari dengan dasar kerajaan ‘Malaysia Baharu’ yang menegakkan prinsip kebenaran, hak-hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang, keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top