Kementerian Luar Iktiraf CAYC, MBM Sebagai Badan Induk Belia ASEAN, Malaysia

PUTRAJAYA, 8 Januari – Kementerian Luar mengiktiraf Committee For Asean Youth Cooperation (CAYC) sebagai badan induk belia ASEAN dalam menjalankan kerja dan program pembangunan belia di rantau ini dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk belia yang mewakili belia Malaysia.

Persefahaman itu dicapai dalam pertemuan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang menerima kunjungan hormat CAYC dan MBM yang diketuai Setiausaha Agung CAYC Mohd Zaidi Aziz dan Presiden MBM Jufitri Joha baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyebut bahawa Datuk Saifuddin bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan platform belia antarabangsa, koordinasi bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi yang terlibat dalam pembangunan belia untuk bekerjasama terutamanya dari segi jaringan serta sokongan teknikal dalam menjayakan program antarabangsa sama ada di dalam atau luar Malaysia.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top