Kelulusan Projek Loji Geoterma Dibatalkan

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kerajaan membatalkan kelulusan yang diberi kepada Tawau Green Energy Sdn Bhd untuk membina loji janakuasa sumber geoterma pertama di negara ini pada 29 Ogos lalu.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berkata pembatalan dibuat selepas syarikat berkenaan didapati gagal melaksanakan projek terbabit.

Beliau menjawab soalan Chan Foong Hin (PH DAP-Kota Kinabalu) berhubung status pembinaan loji jana kuasa geoterma pertama Malaysia di Tawau pada sesi Waktu PertanyaanMenteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Kepada soalan tambahan Foong Hin sama ada projek berkenaan akan diteruskan, jelas Bee Yin kerajaan sedia menawarkan tender terbuka jika ada pihak berminat menyambungnya.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top