Keganasan terhadap wanita satu jenayah

RABAT – MAGHRIBI, 13 September – Undang-undang baharu di Maghribi menjadikan keganasan terhadap wanita sebagai perbuatan jenayah berkuatkuasa di negara itu.

Ia diluluskan oleh parlimen pada Februari lalu yang mana undang-undang tersebut melarang kahwin paksa selain mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pelaku pelbagai jenis keganasan yang dilakukan persendirian atau di tempat awam termasuk rogol, serangan seksual dan penderaan domestik.

Undang-undang tersebut mendapat kelulusan selepas Menteri Hal Ehwal Keluarga dan Wanita, Bassima Hakkaoui memperjuangkan hak golongan tersebut yang sering menjadi mangsa gangguan seksual pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama 30 hari hingga lima tahun dan denda sehingga AS$1,000 dollar.

Sumber cgtn.com

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.