Kebimbangan Terhadap Huawei, Jepun Dan India Jalin Kerjasama

TOKYO, 25 Februari Kerajaan Jepun dan India secara prinsipnya telah bersetuju untuk berkerjasama dalam memerangi serangan siber berkaitan pembangunan teknologi 5G.

Bagi Jepun, kebimbangan utama adalah mengenai produk syarikat telekomunikasi China, Huawei.

Perjanjian menunjukkan kedua-dua negara berhasrat untuk berkongsi maklumat terhadap risiko keselamatan seperti akses kepada data secara haram serta menghalang dominasi produk China ke pasaran India yang luas.

Kedua-dua negara akan bertemu di Tokyo bagi rundingan dua hala mengenai isu-isu siber pusingan ketiga seawal-awalnya pada Rabu ini.

Ini merupakan kali pertama 5G diangkat sebagai topik utama perbincangan seumpamanya.

Sumber AGENSI

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top