KDN akan naik taraf myIMMs

SERDANG, 5 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) bagi menaik taraf Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata sistem itu kini masih dalam penilaian kementeriannya.
“Kita masih menilai SKIN dan sistem ini adalah penambahbaikan myIMMs dengan lebih menyeluruh dan holistik termasuk dari segi kemudahan serta perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Imigresen Malaysia di sini, hari ini.

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top