Kawalan keselamatan di Parlimen terjamin

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan kawalan keselamatan di bangunan Parlimen terkawal.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PDRM mempunyai anggota mencukupi untuk menjaga keselamatan di Parlimen.
“Tidak perlu tingkatkan (kawalan) kerana kita sudah ada cukup anggota menjaga keamanan dan keselamatan di bangunan Parlimen,” katanya kepada BH, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap keselamatan di bangunan Parlimen susulan serangan berhampiran bangunan Parlimen Britain di London, semalam.
Dalam kejadian itu, lima orang dilaporkan terbunuh manakala sekurang-kurangnya 20 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh laluan pejalan kaki dan seorang anggota polis diserang berhampiran Parlimen Britain.
Polis menganggapnya sebagai serangan militan dengan mangsa yang terbunuh termasuk penyerang dan anggota polis yang ditikam, manakala tiga lagi adalah pejalan kaki yang dilanggar kereta ketika melalui Jambatan Westminster, sebelum merempuh halangan di luar bangunan Parlimen berkenaan.

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top