Kanak-Kanak Tanpa Negara Diberi Pendidikan Vokasional

KUALA LUMPUR, 13 Disember РKanak-kanak termasuk golongan tanpa warga negara yang bersekolah di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), di sini diberikan pendidikan asas vokasional dalam empat bidang utama iaitu  masakan, jahitan, seni dan muzik.

Pada sesi soalan lisan persidangan Dewan Negara, pada hari ini Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ia bertujuan supaya mereka mempunyai kemahiran, yang akan memberikan peluang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan, apabila diambil kira situasi sebenar kerana mereka tiada pengenalan diri.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Mohd Nor Monutty yang ingin tahu apakah usaha dalam memberikan pendidikan formal kepada kanak-kanak keluarga gelandangan di sini.

Selain itu, jelas Teo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil serius usaha untuk memberikan pendidikan untuk semua dan kerana itulah kemasukan kanak-kanak tanpa warga negara ke sekolah kerajaan dipermudahkan bermula 2019.

Bagaimanapun, ujar beliau Ibu bapa perlu berusaha untuk mendapat dokumen rasmi supaya kanak-kanak berkenaan mudah mendapat pekerjaan pada masa hadapan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top