Kanak-Kanak Tanpa Dokumen Turut Diberi Imunisasi

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa perkhidmatan imunisasi turut diberikan kepada semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak tanpa dokumen di semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.

Pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun, kanak-kanak yang gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai warganegara akan dikenakan bayaran perkhidmatan imunisasi berdasarkan Pelaksanaan Caj Fi Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak dibawah Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) 2014. 

Beliau menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang meminta kementerian menjelaskan prosedur untuk memastikan kanak–kanak yang lahir di Malaysia tetapi tidak memiliki dokumen lengkap seperti surat beranak diberikan vaksin.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut berkata kementerian turut mengalu-alukan semua pihak termasuk badan antarabangsa dan organisasi korporat yang mahu membantu kerajaan dari segi sokongan dana dalam meluaskan liputan imunisasi.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top