Kabinet Lulus Hutang RM1 Bilion Sarawak Digunakan Untuk Baik Pulih Sekolah Daif

KUCHING, 20 Februari – Kabinet telah meluluskan dan bersetuju hutang RM1 bilion kerajaan Sarawak terhadap kerajaan persekutuan akan digunakan untuk baik pulih sekolah daif di negeri itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan ini adalah susulan daripada persetujuan antara beliau dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika lawatan beliau  ke Kuching, semalam.

Menurut kenyataan itu lagi  dengan kelulusan berkenaan, ia akan memberi manfaat kepada 436,000 murid di seluruh Sarawak.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top