Juruterbang Maut, Jet F-5 Terhempas Di Iran

TEHERAN, 26 Ogos – Seorang juruterbang maut apabila jet pejuang F-5 milik Iran yang dikendalikannya terhempas di selatan negara itu.

Agensi berita IRNA melaporkan bahawa  pesawat dalam latihan itu terhempas ketika cuba mendarat di Dezful di barat daya wilayah Khuzestan.

Juruterbangnya terbunuh namun pembantu juruterbang selamat dan dirawat ke hospital.

Setakat ini punca kemalangan masih belum diketahui.

Iran membeli jet pejuang F-5 daripada Amerika Syarikat sebelum revolusi Islam 1979 dan terdapat 48 buah masih dalam perkhidmatan.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top