Juruterbang Lapor Masalah Kawalan Penerbangan Sebelum Nahas

JAKARTA, 29 November – Penyiasat Indonesia Mendedahkan bahawa Juruterbang Lion Air memberitahu kawalan trafik udara bahawa ia mengalami ‘masalah kawalan penerbangan’ sejurus sebelum terhempas ke dalam Laut Jawa bulan lalu.

Menjelang siaran laporan pertamanya, jawatankuasa keselamatan pengangkutan (KNTK), memberikan butiran terperinci mengenai masalah dihadapi juruterbang dalam mengawal penerbangan Boeing Co 737 MAX sebelum ia terhempas pada 29 Oktober lalu, mengorbankan semua 189 penumpang dan anak kapal.

Siasatan mengenai nahas itu masih pada tahap awal dan menjadi sukar susulan kekurangan bukti daripada rakaman suara kokpit, yang masih hilang di bawah laut.

KNKT tidak memberitahu punca nahas dan cadangan itu adalah petunjuk kepada bidang tumpuan, tetapi ia tidak semestinya penyebab utama.

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top