Jumlah Kes Rasuah Yang Dilaporkan Di Malaysia Meningkat Hasil Usaha Gigih Kerajaan

LAXENBURG, 21 Januari – Jumlah kes-kes rasuah yang dilaporkan di Malaysia meningkat sejak kebelakangan ini selepas kerajaan baru Pakatan Harapan menampilkan dasar dan usaha keras bagi menangani gejala itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berkata orang ramai dan pemberi maklumat tidak lagi takut untuk melaporkan kes-kes rasuah memandangkan kerajaan kini lebih terbuka dalam menangani kes-kes sedemikian.

Beliau menyatakan perkara itu semasa menyampaikan syarahan bertajuk “Memerangi Rasuah di Malaysia: Pencapaian, Cabaran dan Perspektif di International Anti-Corruption Academy (IACA) di Luxenburg, Austria.

Tun Dr Mahathir juga berkata kini orang ramai merasakan lebih bebas untuk memberikan maklumat mengenai sebarang perlakuan rasuah, dan perlindungan turut diberikan kepada mereka di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top