JSJK Diarah Siasat Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah diarahkan menyiasat dua laporan polis yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Nov lalu.

Demikian dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Kolej UniKop di ibu negara.

Pada 30 Nov lalu Tabung Haji membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Laporan yang dikemukakan itu adalah hasil siasatan dalaman yang pertama oleh pengurusan baharu berhubung beberapa transaksi masa lalu.

Sumber BERNAMA​​​​​

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.