Jordan tuduh Israel larang Ulama ke Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 3 Mac – Jordan menuduh pihak berkuasa Israel menghalang pegawai agama kanan Palestin dari Masjid Al-Aqsa di wilayah timur Baitulmaqdis yang dijajah negara Zionis itu.

Ketua pihak berkuasa wakaf, Sheikh Abdel Azim Salhab yang mengendalikan kawasan di bandar dipertikaikan itu disekat selama 40 hari.

Katanya, timbalan beliau turut disekat selama empat bulan.

Dua pegawai agama lain turut ditahan termasuk jurucakap badan itu, Firas al-Dibs yang bertanggungjawab kepada Jordan sebagai penjaga Masjid Al-Aqsa.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top