Jordan Kutuk Pencabulan Israel Ke Atas Masjid Al-Aqsa

AMMAN, 8 Januari – Jordan pada Isnin telah mengutuk pencabulan berulang kali oleh rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa,

Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Majed Qatarneh, menyelar tindakan menteri pertanian dan puak radikal Israel yang menyerbu perkarangan masjid itu dengan perlindungan polis rejim pada awal hari yang sama.

Tegas beliau tindakan sedemikian adalah provokatif terhadap perasaan umat Islam di seluruh dunia dan merupakan satu pencabulan terhadap komitmen Israel sebagai satu kuasa yang menduduki di Baitulmaqdis Timur seiring dengan undang-undang antarabangsa,”

Para pegawai Jordan, yang menganggap kerajaan Israel bertanggungjawab bagi tindakan sedemikian, menggesa agar provokasi ini segera dihentikan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.