Johor Kenal Pasti Tanah Wakaf Untuk Bina Rumah Mampu Milik

ISKANDAR PUTERI, 29 Januari – Kerajaan Negeri Johor sudah mengenal pasti beberapa tanah wakaf  di negeri Johor untuk digunakan bagi membina rumah yang mampu dimiliki rakyat.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata usaha berkenaan itu akan dijayakan dengan kerjasama Majlis Fatwa terutama berkenaan syarat pertukaran penggunaan tanah wakaf di negeri ini.

Kata beliau lagi, usaha berkenaan sejajar dengan hasrat kerajaan pusat yang menyasarkan pembinaan sejuta rumah yang mampu dibeli rakyat selain kerajaan negeri yang mahu membina 100,000 rumah itu di Johor.

Dalam masa yang sama, beliau juga mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memikirkan cara membantu pembeli perumahan yang berdepan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top