Jepun Mahu Facebook Tingkat Usaha Lindungi Data Pengguna

TOKYO, 23 Oktober – Kerajaan Jepun mengarahkan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Facebook Inc, supaya melindungi data peribadi pengguna dengan lebih baik ekoran kesilapan pada tahun ini yang menjejaskan puluhan juta di seluruh dunia.

Kerajaan meminta rangkaian media sosial terbesar dunia itu berkomunikasi sepenuhnya mengenai isu keselamatan dengan pengguna, meningkatkan pengawasan pembekal aplikasi di rangkaian itu, dan memaklumkan pengendali sebarang perubahan dalam langkah keselamatan.

Permintaan  itu dibuat selepas Facebook berkata, penyerang mencuri data daripada 20 juta akaun pengguna.

Ia susulan pendedahan April lalu bahawa data peribadi hampir 87 juta pengguna diakses secara tidak sah oleh firma Britain, Cambridge Analytica.

Sumber REUTERS

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.