Jemaah Menteri Putuskan Mansuh SOSMA

PUTRAJAYA, 13 September – Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada peringkat akhir merumuskan cadangan pemansuhan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum diserahkan kepada Jemaah Menteri.

Kabinet akan berbincang dan memutuskan sama ada cadangan itu akan dibentangkan dalam sidang Parlimen bermula pertengahan bulan depan.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata jawatankuasa khas ditubuhkan kementerian itu sudah mengadakan siri mesyuarat bagi mengkaji kebaikan dan kelemahan memansuhkan akta berkenaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top