JBPM Disaran Komersialkan Akademi Bomba, Tarik Pelatih Dari Luar Negara

POKOK SENA, 24 Mac – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran agar mengkomersialkan akademi latihannya dan menarik lebih ramai pelatih dari luar negara untuk menjalani latihan kebombaan di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Terengganu misalnya, merupakan akademi latihan bomba terbesar di Asia dan mempunyai kemudahan yang sangat lengkap.

Ujar beliau lagi akademi bomba di negara ini juga mempunyai tenaga pelatih yang berkaliber serta mempunyai kelayakan di peringkat antarabangsa, di samping mempunyai pelbagai kemudahan simulasi yang menarik.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top