Jawatankuasa Masjid Melaka Pertama Laksana IBR

MELAKA, 25 Mac – Lebih 500 ahli jawatankuasa masjid di Melaka berikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sekali gus menjadi institusi ibadah negeri pertama melaksanakan inisiatif berkenaan.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata inisiatif itu dilaksanakan berikutan ahli jawatankuasa masjid juga terbabit dengan beberapa isu termasuk kewangan dan pentadbiran.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jalinan Mahabbah Umara’ bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Melaka, di Masjid Al-Azim,

Penganjuran itu diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti negeri, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan SPRM.

Sementara itu, Adly berkata, kerajaan negeri menyarankan masjid di seluruh negeri melaksanakan program kitar semula seperti diamalkan Masjid Ayer Merbau, Jasin.

Jelas beliau  program itu   bukan sahaja dapat menjana pendapatan kepada masjid bahkan membantu ahli kariah dan penduduk dari aspek kebersihan.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top