Jangkitan Virus Zika Terkawal, Tiada Kes Terbaharu

malaria

KUALA LUMPUR 11 Nov – Sehingga kini kes jangkitan virus Zika yang dibawa oleh nyamuk Aedes semakin terkawal apabila sejak September lalu, hanya terdapat tujuh kes yang dilaporkan postif di negara ini.

Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, Dr. Rose Nani Mudin berkata, manakala terdapat 200 kes yang mempunyai gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika, namun kesemuanya menunjukkan keputusan ujian yang negatif. “Sepanjang Oktober lalu sehingga hari ini, tiada kes terbaharu dilaporkan dan ini bermakna jangkitan ini berjaya kita kawal namun masih perlukan pengawasan sepenuhnya.

“Hanya terdapat dua kes jangkitan virus tersebut melibatkan ibu yang mengandung dan kita masih belum dapat mengenalpasti sama ada bayi dalam kandungan mengalami microcephaly, iaitu satu keadaan yang mengakibatkan bayi dilahirkan dengan kepala bersaiz kecil,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Program Patrol Denggi 2016 anjuran Kementerian Pendidikan, di sini hari ini. Rose Nani berkata, rakyat negara ini bebas untuk mengunjungi mana-mana negara yang berlaku penularan virus zika terutamanya Singapura.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak mengeluarkan mana-mana arahan dan larangan yang seperti itu, bermakna rakyat negara ini bebas untuk ke mana sahaja.

“Tetapi perlulah berhati-hati dan memastikan mereka tidak akan digigit nyamuk,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

 

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top