Jangan Pandang Mudah Ancaman Ekstremis

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malaysia perlu mengambil iktibar kejadian serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand baru-bru ini dengan tidak memandang mudah sebarang ancaman keganasan terutama daripada anasir-anasir ekstrem.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan ‘The Cops’ di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana serangan keganasan oleh kumpulan ekstremis boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Menurut menteri berkenaan lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diamanah untuk menyekat dan membanteras kegiatan keganasan di negara ini telah melaksanakan tugas dengan baik melalui beberapa langkah perisikan awal dan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top