Jangan Jadikan Masjid Platform Sampaikan Hasrat Politik Kepartian

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Institusi masjid tidak perlu dijadikan platform untuk menyampaikan hasrat politik kepartian.

Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, di Kuala Lumpur Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, bukanlah untuk memisahkan agama daripada politik kerana menurutnya, agama Islam atau apa juga agama sekalipun perlu diutamakan berbanding politik.

M​​​​​​​enjawab soalan tambahan Senator Muhamad Mustafa sama ada kerajaan bersedia menjadikan masjid sebagai institusi terbuka, ​​​​​​​jelas Datuk Seri Dr Mujahid sekiranya pihak pengurusan masjid menjadikan rumah ibadah itu sebagai platform politik kepartian,  ia tidak membina ke arah masyarakat yang dihasratkan oleh  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau ​​​​​​​turut berkata pihaknya akan memperkenalkan KPI pengurusan masjid yang dinamakan sebagai konsep rahmah.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top