JAKIM Tubuh Unit Pantau Penghinaan Terhadap Nabi, Islam

KUALA LUMPUR, 7 Mac  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan satu unit pemantau terhadap penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof penubuhan unit itu dibuat berikutan berlakunya kes-kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersendakan agama Islam sejak kebelakangan ini.

Ujar beliau, unit itu juga diminta untuk menerima sebarang aduan dan seterusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya mendapati terdapat kelakuan bersifat menghina atau provokasi.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Mujahid  turut berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top