JAKIM Perlu Wajibkan Pengusaha Restoran Ada Sijil Halal Sebelum Beroperasi

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mewajibkan semua pengusaha premis makanan halal mendapatkan sijil pengesahan halal bagi kemudahan pelanggan Islam.

Sehubungan itu, jelas Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (Permas) Ayob Abd Majid  syarat itu perlu bagi semua premis termasuk restoran, warung dan ‘food truck’ sama ada yang sedang beroperasi atau ingin memulakan perniagaan.​​​​​​

Langkah itu  menurut  beliau dapat membantu pelanggan Muslim yang kadang-kadang keliru dengan status halal sesebuah restoran yang menjual makanan kepada pelanggan Muslim. Ayob berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemeriksaan bersepadu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijalankan terhadap sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada mulanya mendapati seorang pemilik bersama restoran itu beragama Hindu.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.