JAIPK Sahkan Permohonan Halal Restoran Terkenal Teluk Intan Ditolak

TELUK INTAN, 29 Januari – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan permohonan pensijilan halal sebuah premis makanan yang terkenal dengan ayam goreng di Teluk Intan Perak ditolak selepas didapati tidak mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak Yusri Abdul Rani berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak pada 27 Dis lalu selepas didapati pemilik restoran berketurunan India berkenaan tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia. 

Beliau mengulas surat yang tular menerusi WhatsApp yang menyatakan permohonan pensijilan halal premis makanan terkenal di Teluk Intan itu gagal selepas didapati tidak komited dengan prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top