Isu Pembunuhan Khashoggi: Hubungan Malaysia-Arab Saudi Kekal Kukuh

RIYADH, 22 Oktober – Hubungan dua hala Malaysia dengan Arab Saudi kekal kukuh, walaupun komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap Riyadh susulan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia tidak campur tangan dalam isu itu dan beliau percaya Arab Saudi mampu menyelesaikannya.

Beliau menyatakan perkara itu   ketika ditanya mengenai pendirian Malaysia ketika komuniti antarabangsa memberi tekanan kepada Arab Saudi dengan beberapa negara dilaporkan membatalkan penyertaan dalam persidangan pelaburan Arab Saudi di Riyadh susulan pembunuhan Khashoggi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.