Israel Tangguh Usir 180 Penduduk Khan Al-Ahmar

GAZA, 21 Oktober – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menangguhkan pelan mengusir penduduk.

Nasib perkampungan Khan al-Ahmar semakin menjadi tumpuan antarabangsa selepas Israel menyatakan rancangannya memusnahkan perkampungan itu yang menempatkan 180 penduduk.

Pelan pengusiran itu melibatkan pemindahan penduduk terbabit ke satu kawasan baru 12 kilometer dari situ yang terletak bersebelahan tempat pelupusan sampah.

Namun, pegawai di pejabat Netanyahu, yang meminta identitinya tidak didedahkan, berkata pelan pemindahan alternatif telah diteliti dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Sumber REUTERS

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top