Israel Tahan 19 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 24 Januari – Pasukan keselamatan Israel pada Khamis menahan 19 rakyat Palestin di Tebing Barat kerana disyaki melakukan keganasan.

Menurut agensi berita Xinhua, tangkapan dibuat ketika anggota Shin Bet dan Polis Sempadan menyerbu perkampungan dan bandar di Lembah Jordan dan beberapa kawasan lain di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Tentera rejim zionis sering menggunakan alasan “keganasan” yang merujuk kepada perbuatan membaling batu dan membakar tayar yang sering dilakukan rakyat Palestin ketika berdemonstrasi.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top