Israel Potong Bekalan Air Bersih

BAITULAHAM 19 Mac – Pasukan penyiasat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan pihak berkuasa Israel menyekat akses ribuan penduduk Pa­lestin daripada mendapatkan bekalan air bersih secara tetap.

Portal berita Maan News yang memetik wakil khas hak asasi manusia PBB di wilayah Palestin, Michael Lynk berkata, Israel tahu tindakan mereka menyalahi undang-undang namun masih meneruskan agenda itu untuk merampas hak penduduk Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.baru-baru ini mengumumkan kira-kira 840 unit penempatan haram baharu akan dibina di Tebing Barat dalam tempoh terdekat.

Media Israel melaporkan, keputusan itu dibuat sebagai tindak balas Zionis terhadap kematian dua penduduk Yahudi yang terbunuh selepas diserang penduduk Palestin di kawasan penempatan haram Ariel.

Pengumuman Netanyahu itu mendapat kritikan kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem yang menyatakan semua lapisan masyarakat Pa­lestin termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas akan terjejas sekiranya semakin banyak penempatan haram dibangunkan.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top