Israel Negara Penjenayah Yang Perlu Dikecam

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.

Perkara itu dinyatakan oleh  Perdana Menteri dalam satu posting di blog beliau.

Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Tun Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat melihat ketidakadilan dan penindasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin tetapi Israel tidakpun  dikritik oleh mereka yang bercakap mengenai kebebasan dari ketidakadilan dan ‘kedaulatan undang-undang’.

Menyedari tentang sokongan kuat terhadap Israel, tegas beliau Malaysia tidak boleh melawan Israel selain enggan mengiktirafnya, tetapi menyatakan Kuala Lumpur mempunyai hak untuk menghalang kemasukan rakyat Israel ke negara ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top