Iran Tingkat Perisikan Siber Susulan Sekatan EU

BRUSSELS, 28 Januari – Iran kemungkinan meluaskan aktiviti perisikan sibernya ketika hubungannya dengan kuasa Barat bertambah buruk, kata agensi keselamatan digital Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Laporan Khas Reuters diterbitkan November lalu mendapati, penggodam Iran menjadi dalang beberapa serangan siber dan kempen salah maklumat dalam talian sejak beberapa tahun lalu ketika negara itu cuba mengukuhkan pengaruhnya.

Sementara itu Seorang pegawai kanan Iran menolak laporan itu mengatakan, ia adalah sebahagian perang psikologi dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Iran.

Sumber AFP

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top