Institusi Kekeluargaan Terus Diperkukuhkan

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan di  Malaysia terus diperkukuhkan.

Justeru, menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom antara pendekatan yang cuba diketengahkan pada masa kini ialah pendekatan kaunseling Syarie .

“Kita berpendapat pembangunan negara yang mapan perlu diintegrasikan dengan pembangunan modal insane yang seimbang, sementara itu pembangunan yang seimbang pula datang daripada institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan yang kukuh serta stabil”

Beliau berkata demikian Pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kaunseling Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2014  di Kuala Lumpur,

Tambah beliau, dengan pelbagai cabaran dalam dunia modenisasi yang dilalui kini, tidak bermakna kaedah kaunseling konvensional sedia ada tidak boleh digunakan dalam urusan runding cara atau khidmat nasihat kepada umat Islam, tetapi pendekatan Kaunseling Syarie adalah sebagai salah satu nilai tambah kepada pendekatan kaunseling sedia ada .

Selain itu, beliau menyarankan  agar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta  menyediakan kursus- kursus  berkaitan Kaunseling Syarie di peringkat sijil atau diploma atau ijazah.

Sementara itu, pada majlis yang sama  turut diadakan   pemeteraian  perjanjian persefahaman (MOU) antara pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan  Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Mengulas lanjut tentang  Mou  tersebut , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Datuk Seri Rohani  Abdul Karim berkata ia bertujuan memperkukuh bidang kerjasama JAKIM dan LPPKN dalam program aktiviti berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan serta perkongsian data dan hasil penyelidikan , bahan penerbitan dan maklumat dalam kedua-dua bidang  berkenaan

Kongsi Artikel ini :

Leave a Reply

Scroll to top