Indonesia lancar usaha cari CVR Lion Air

JAKARTA, 8 Januari – Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat Lion Air yang terhempas ke Laut Jawa pada akhir Oktober lalu.

Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono berkata, jika keadaan cuaca mengizinkan, kapal pencarian itu akan berlepas pada hari ini.

Nahas itu, yang pertama membabitkan pesawat Boeing Co, 737 MAX, mengorbankan kesemua 189 penumpang di dalamnya.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.