India tolak bantuan dana asing untuk Kerala yang teruk terjejas akibat banjir

NEW DELHI, 23 Ogos – Kerajaan India telah menolak secara baik bantuan asing untuk memulihkan semula Kerala yang teruk terjejas akibat banjir meskipun kira-kira sejuta penduduk kehilangan tempat tinggal ketika pentadbiran negeri tersebut bertungkus-lumus menangani kemusnahan yang disebabkan oleh bencana itu.
Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Maldives adalah antara negara yang menawarkan bantuan dalam kerja-kerja pemulihan serta pembinaan semula negeri di selatan India itu, yang terjejas teruk akibat dilanda hujan lebat dan banjir.
Kementerian itu, bagaimanapun, berkata India akan menerima sumbangan asing yang disalur kepada Dana Bantuan Perdana Menteri dan Dana Bantuan Ketua Menteri daripada penduduk berketurunan India bukan pemastautin (NRI), masyarakat India yang merupakan rakyat negara lain, serta yayasan antarabangsa.
Bencana itu telah meragut 400 nyawa di Kerala dan mengakibatkan kemusnahan besar-besaran kepada infrastrukturnya dan menyebabkan sejumlah 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Beribu-ribu lagi masih terkandas dan amat memerlukan bekalan penting.

Kongsi Artikel ini :
Scroll to top